fbpx

Mayat reput terapung dekat Pulau Bunting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu mayat terapung ditemui berhampiran Pulau Bunting di perairan Yan pada pagi ini.

YAN – Mayat hampir reput ditemui terapung pada kedudukan 7 batu nautika barat laut Pulau Bunting di sini pagi ini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, mayat lengkap berpakaian itu ditemui oleh nelayan tempatan.

“Terdahulu pengadu menghubungi talian kecemasan MERS 999 bagi mendapatkan bantuan memindahkan mayat tersebut.

“Berikutan itu sebuah bot ronda Maritim Malaysia (APMM) digerakkan ke lokasi sebaik mendapat maklumat daripada Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, kumpulan nelayan berdepan kesukaran mengangkat mayat ke dalam bot berikutan keadaannya yang reput.

Mayat mangsa dibawa ke Terminal Feri Kuala Kedah dan diserahkan kepada polis. Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Balai Polis Yan di talian 04-4655222,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI