fbpx

Malaysia perlu kembali jadi negara pertanian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Malaysia perlu kembali sebagai sebuah negara pertanian bagi mengatasi krisis bekalan makanan yang dihadapi negara ketika ini.

Itu syor dibuat Majlis Pemulihan Negara (MPN) kepada kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan bekalan import makanan dengan negara asing.

Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ketika ini, Malaysia mengimport 100 peratus makanan ternakan ayam dan akan berlaku masalah jika berlaku gangguan pada rantaian makanan global.

“Antara penyelesaian yang dibincangkan ialah mampukah negara ini mengeluarkan bahan makanan ternakan sendiri dan tidak bergantung 100 peratus dari luar negara.

“Kita berpendapat wajar untuk kerajaan meneliti semula dasar import bahan ternakan dan tidak bergantung kepada negara luar semata-mata,” katanya selepas mempengerusikan MPN di sini, hari ini.

Pada masa sama, Muhyiddin berkata, Malaysia juga perlu lebih agresif untuk meneroka teknologi moden, bahan keperluan negara dan bahan yang diimport.

“Sebagai contoh, kita masih mengimport sayur-sayuran dan kelapa. Seperti kelapa, kita import 500 juta biji sedangkan kita ada kawasan tanaman kelapa dan ia boleh dimajukan semula kerana permintaannya sentiasa meningkat,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI