fbpx

Malaysia bangkit benam Bangladesh separuh masa pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Safawi (dua kanan) meraikan gol jaringannya bersama rakan sepasukan pada Perlawanan Kumpulan E Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 Malaysia menentang Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini

KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Malaya  bagaikan selangkah ke pentas Piala Asia 2023 selepas merekodkan keputusan 2-1 ke atas Bangladesh selepas tamat separuh masa pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon tidak menunggu lama untuk merekodkan gol hasil ledakan penalti Safawi Rasid pada minit ke-17 selepas Matthew Davies dijatuhkan pertahanan lawan.

Namun, Bangladesh mencipta kejutan apabila meraih gol penyamaan hasil ledakan Mohamad Ibrahim pada minit ke-31.

Penyokong pasukan kebangsaan kembali ceria apabila apabila tonggak pertahanan berdarah kacukan, Dion Cools menjaringkan gol kedua pada minit ke-37 selepas menyudahkan hantaran Shahrul Saad.

Hampir 60,000 penyokong membanjiri SNBJ kali ini bagi menyaksikan sejarah baharu pasukan Harimau Malaya untuk mara ke pentas Piala Asia 2023 secara merit buat kali pertama sejak 1980. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI