fbpx

Kuota baharu bakal jana pelaburan RM1.8 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin (kanan) bercakap pada sidang akhbar berhubung Pengumuman Penawaran Kuota Program Tarif Galakan Sumber Bukan Solar di Wisma Sumber Asli, Putrajaya hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kerajaan menjangkakan penawaran kuota baharu program Tarif Galakan atau Feed-in Tariff (FiT) bukan solar bakal menjana pelaburan tambahan mencecah RM1.8 bilion.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, usaha itu juga akan mewujudkan sebanyak 550 peluang pekerjaan dalam industri Tenaga Boleh Baharu (TBB).

“Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan merancakkan semula pertumbuhan ekonomi negara pasca era pandemik Covid-19,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Program Perhimpunan Bulanan Peringkat Kementerian tersebut di Wisma Sumber Asli yang dihadiri semua ketua jabatan dan agensi serta pegawai kanan.

Program FiT mula diperkenalkan pada 2011 dan setakat ini sebanyak 1,440 Megawatt (MW) telah diluluskan melibatkan sejumlah 10,485 projek TBB yang bukan solar di seluruh negara.

Permohonan kuota baharu FiT kemudian dilakukan secara bidaan atas talian atau e-bidding mulai 2018 lalu bagi sumber gas sebelum diperluaskan kepada sumber lain tahun berikutnya.

Urusan itu diselaraskan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) bagi memastikan kuota diluluskan kepada pembida yang layak secara adil dan lebih kompetitif.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, kuota baharu kali ini bakal menawarkan 187 MW lagi yang dijangka boleh menjana dan membekalkan elektrik mulai tahun 2025 sehingga 2027. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI