fbpx

Perbanyak TAPS sebagai persediaan kemarau besar 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim melawat tapak pameran semasa sempurnakan Majlis Perasmian Persidangan Pengurus Kanan & Jurutera Daerah ke-30.- Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bakal memperbanyakkan Projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) sebagai persediaan negara menghadapi kemarau besar yang diramal berlaku pada 2025.

Menterinya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata, pelaksanaan projek itu merupakan alternatif penting sekiranya terdapat risiko kepada sumber air utama.

Menurut beliau, kementeriannya sentiasa memantau fenomena kemarau besar yang dijangka berlaku 2025 dengan meletakkan keutamaan bagi memastikan sumber air negara dapat dipelihara.

“Peningkatan kolam takungan dan juga margin simpanan (air) juga merupakan antara usaha yang dijalankan kementerian sebagai persediaan awal.

“Begitu juga dengan projek TAPS yang merupakan satu alternatif penting sekiranya ada risiko pada sumber utama kita ada sumber kedua,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengurus Kanan dan Jurutera Daerah ke-30, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di sini hari ini.

Tambahnya lagi, KASA melalui Jabatan Bekalan Air dan JPS turut menyusun beberapa projek dalaman sebagai persediaan menghadapi kemarau besar berkenaan.

Sementara itu, mengulas mengenai pencerobohan rezab sungai, Tuan Ibrahim berkata, peruntukan perundangan sedia ada sudah memadai untuk membolehkan tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang menceroboh.

Katanya, tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab membuat binaan kekal seperti kediaman sehingga ke tebing sungai menyukarkan agensi dan jabatan bertindak sekiranya berlaku bencana alam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI