fbpx

Kerajaan pantau dua projek ‘sakit’ di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa (kanan) semasa Sesi Taklimat Dan Mesyuarat Pengurusan Projek Pembangunan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Kerajaan sedang memantau dua projek sakit iaitu projek yang mengalami kelewatan daripada waktu ditetapkan di Kelantan ketika ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, dua projek itu adalah pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu – Kuala Krai bagi pakej 2B dari Ketereh ke Kok Lanas sepanjang 6.2 kilometer dan projek pembinaan Terminal Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di sini.

Menurutnya, projek lebuh raya itu didapati mengalami kelewatan selama 308 hari manakala projek pembesaran LTSIP mengalami kelewatan 100 hari dari jangka masa yang ditetapkan.

Menurutnya, antara punca kelewatan kedua-dua projek itu antaranya masalah kekurangan tenaga kerja, peningkatan harga bahan binaan dan prestasi kontraktor yang tidak mampu untuk meneruskan projek sebelum ini.

“Projek lebuh raya sepatutnya siap pada Mei lalu dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang mengambil langkah-langkah untuk menyiapkan projek itu dengan segera.

“Selain itu, beberapa projek turut mengalami kelewatan iaitu pembinaan lebuh raya bagi pakej 2C dari Bukit Sejuk ke Gua Musang sepanjang 19.6 kilometer selain pakej 3B dan 3C Kilometer 180.5 ke Bulatan Gua Musang sepanjang 7 kilometer,” katanya pada sidang akhbar selepas Sesi Taklimat Dan Mesyuarat Pengurusan Projek Pembangunan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, kenaikan harga barang binaan termasuk besi untuk pembinaan dan bitumen untuk pembuatan turut dihadapi di peringkat global turut mempengaruhi kelewatan projek tersebut.

Menurutnya, bagaimanapun, masih terdapat projek lain yang mengikut jadual iaitu bagi pembinaan Lebuhraya Central Spine Road yang membabitkan tiga pakej dan sembilan seksyen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI