AKTRES jelita Song Ji-hyo cukup dikenali sebagai antara pelakon wanita Korea Selatan yang memiliki kecantikan asli.
Biarpun negara tersebut terkenal dengan pembedahan plastik, namun Ji-hyo tidak termasuk dalam senarai artis yang melakukan prosedur tersebut.
Disebabkan itu, kejelitaan wajahnya sering menjadi tumpuan biarpun kini sudah menginjak usia 40 tahun.
Perkongsian terkini aktres dan juga anggota program Running Man itu dalam Instagramnya baru-baru ini menjadi bualan peminat.
Ji-hyo yang kini berambut pendek tampil mengenakan rambut palsu melepasi paras bahu dan menggayakan sehelai dres ringkas warna hijau bercorak kotak.
Tak perlu berlebihan, cukup menggayakan beberapa ‘pose’ bersahaja, aktres itu kelihatan sangat menawan.
“Saya macam tak percaya dia sudah pun 40 tahun,” kata seorang peminat.
“Kemunculan awal dia dalam Running Man jadi momen ikonik, tetapi sekarang dia masih cantik. Semakin cantik,” puji seorang lagi peminat.