fbpx

Juventus ikat Pogba dengan nilai €80 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGBA dilaporkan memilih kembali mewarnai saingan Serie A di Itali dengan Juventus biarpun mendapat tawaran lumayan daripada PSG dan Real Madrid. – AFP

MANCHESTER – Bintang buangan Manchester United, Paul Pogba dilaporkan akan mengikat kontrak lumayan selama empat tahun bersama Juventus dianggarkan bernilai €80 juta (RM370.54 juta).

Pogba, 29, ketika ini menjadi ejen bebas selepas meninggalkan United sebaik kontraknya tamat pada 1 Jun lalu.

Bagaimanapun, pemenang Piala Dunia 2018 bersama Peran­cis itu memilih untuk kembali mewarnai saingan Serie A di Itali dengan Juventus biarpun mendapat tawaran daripada Paris Saint-Germain (PSG) dan Real Madrid.

Media Itali, Gazzetta dello Sport melaporkan Pogba bakal menerima gaji sebanyak €10 juta (RM46.32 juta) semusim terma­suk bonus dengan nilai itu boleh meningkat sehingga €80 juta (RM370.54 juta).

Peguamnya, Rafaela Pimenta dipercayai sedang berunding dengan Juventus bagi pihak ejen Pogba, mendiang Mino Raiola yang meninggal dunia pada April lalu.

Perbincangan antara kedua-dua pihak dilaporkan menunjukkan petanda positif dan Juventus berkemungkinan besar bersetuju menawarkan kontrak selama empat tahun berbanding persetujuan asal tiga tahun buat Pogba.

Sebagai rekod, nama Pogba meletup sewaktu kali pertama menyarung jersi The Old Lady selepas enggan melanjutkan kontraknya bersama United yang ketika itu di bawah bim­bingan Sir Alex Ferguson pada Julai 2012.

Selepas mencipta legasi selama empat musim di Turin, Pogba kembali ke Old Trafford dengan yuran perpindahan termahal dunia ketika itu bernilai €105 juta (RM486.33 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI