fbpx

Impian New Zealand ke Piala Dunia 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CACACE (dua dari kiri) mengingatkan rakan-rakan sepasukan supaya fokus pada aksi playoff Piala Dunia 2022 menentang Costa Rica di Stadium Al Rayyan awal pagi esok. – AFP

DOHA – Tonggak pertahanan New Zealand, Liberato Cacace menyeru agar rakan-rakan sepasukan memberikan tum­puan penuh di atas padang menjelang aksi playoff Piala Dunia 2022 menentang Costa Rica di Stadium Al Rayyan awal pagi esok.

Sebagai rekod, skuad All Whites yang menduduki ran­king ke-101 dunia sedang berusaha menamatkan penantian 12 tahun untuk beraksi pada kejohanan bola sepak paling berprestij itu selepas kali terakhir layak pada edisi 2010 di Afrika Selatan.

Cacace yang menjadi pemain pertama New Zealand beraksi di kelab Serie A selepas berhijrah ke Empoli awal tahun ini optimis pasukannya mempu­nyai potensi untuk mengejutkan Costa Rica meskipun negara itu menduduki ranking lebih baik di ranking ke-31 dunia.

“Semua pemain ketika ini mempunyai semangat membara untuk mencipta satu lagi sejarah buat bola sepak kebangsaan kerana sudah lama kita tidak melayakkan diri ke pentas Piala Dunia.

“Semua orang tahu bola sepak bukanlah sukan No.1 di negara kami kerana ragbi lebih diminati tetapi percayalah jika kita mara ke pusingan akhir di Qatar pada November depan, semua tumpuan akan terarah ke kejohanan itu.

“Apa yang pasti, saya tidak mahu pemain merasakan rendah diri dengan ranking semasa pasukan selain terlebih menghormati pasukan lawan kerana di atas padang, apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh 90 minit.

“Saya percaya Costa Rica akan menggunakan kelebihan fizikal yang dimiliki oleh mereka dan kita perlu mendengar taktikal dan strategi yang dite­rapkan oleh jurulatih sepenuhnya terutama dalam me­lakukan serangan balas pantas,” kata pemain berusia 21 tahun itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI