fbpx

Impactive Malaysia anjur Misi Kemanusiaan ke Tanzania

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Khairul (dua dari kiri) pada sidang akhbar berhubung Misi Kemanusiaan ke Tanzania pada bulan Julai di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pertubuhan Impak Prihatin Malaysia (Impactive Malaysia) bakal menganjurkan Misi Kemanusiaan ke Tanzania, Afrika Timur bermula 6 Julai hingga 19 Julai depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Impactive Malaysia, Mohamad Khairul Jamain berkata, misi kali kedua itu memberi tumpuan terhadap aspek pembangunan pendidikan, ekonomi dan membantu masyarakat Islam di Tanzania yang terpinggir.

Menurutnya, seiring dengan sambutan Hari Raya Aidiladha pada bulan depan, misi kali ini turut mengunjurkan sumbangan untuk ibadah korban melibatkan 100 ekor lembu, 100 ekor kam­bing akikah dan 500 kilogram infak daging untuk diserahkan kepada masyarakat Islam di negara berkenaan.

“Kami menyasarkan untuk mengumpul dana sebanyak RM1.2 juta bagi projek yang me­rangkumi pengagihan daging korban, keperluan persekolahan, wakaf Al-Quran dan baik pulih sekolah,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Mohammad Khairul menyantuni masyarakat di salah sebuah perkampungan di Tanzania pada misi kemanusiaan pertama pada tahun 2017.

Misi kemanusian tersebut turut disertai tujuh ikon popular tempatan yang terdiri daripada barisan selebriti, personaliti te­levisyen, usahawan dan bintang sosial media antaranya, Hazeman Huzir, Farah Lee, Nadzmi ­Adhwa, Akhi Fairuz serta Que ­Yahaya.

Selain itu, Mohamad Khairul menerangkan, misi kedua selepas yang pertama pada 2017 itu akan menyantuni masyarakat di daerah Handeni dan juga Kilendi.

Ini kerana katanya, ia adalah daerah paling miskin dan sangat memerlukan bantuan masyarakat Islam lain. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI