PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di empat negeri petang ini.
Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca buruk tersebut dijangkakan berlarutan sehingga awal malam nanti.
“Ia melibatkan beberapa kawasan di Kedah iaitu Padang Terap, Sik, Kulim dan Bandar Baharu.
“Di Perak pula membabitkan Larut, Matang Dan Selama, Kinta, Kampar dan Batang
Padang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, amaran sama turut dikeluarkan di Pahang yang tertumpu di Tanah Tinggi Cameron.
“Bagi di Sabah, hujan lebat diramalkan berlaku melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Ranau) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE