fbpx

Guru ‘unboxing’ mesin gunting rambut buat pelajar gerun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cikgu Johan menunjukkan mesin pemotong rambut yang dibelinya ketika perhimpunan pagi.

PETALING JAYA – Tular sebuah rakaman video tindakan lucu seorang guru yang membuka bungkusan barang yang berisi mesin pemotong rambut di hadapan para pelajar ketika perhimpunan pagi.

Seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Johan atau nama sebenarnya Idi Johan membeli mesin pemotong rambut khas buat pelajarnya yang suka melanggar peraturan sekolah dengan menyimpan rambut panjang.

“Jadi pelajar-pelajar SMK Dato’ Mustaffa yang rasanya rambutnya tidak menepati piawaian atau standard pelajar sekolah, sila potong petang ini,’ ucapnya.

Kejadian tular tersebut telah mendapat 1.7 juta jumlah tontonan dan 4633 komen di TikTok setakat petang ini.

Dalam pada itu, perkongsian tersebut telah mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata memuji tindakan guru itu.

“Terbaik la cikgu, macam itu je dia bagi amaran,” kata seorang pengguna.

“Meremang bila cikgu bawa mesin potong rambut dalam perhimpunan.” luah pengguna lain.

“Esok pasti pelajar lelaki tak datang sekolah,” seloroh seorang pengguna lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI