fbpx

Damok raih podium berganda di Catalunya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYARIFUDDIN atau Damok (kiri) ceria menaiki podium dan menjulang trofi tempat kedua pada perlumbaan JuniorGP Barcelona di Litar Catalunya, Barcelona semalam.

PELUMBA muda negara, Syarifuddin Azman melakar sejarah tersendiri pada perlumbaan Ju­niorGP Barcelona di Litar Catalunya apabila dua kali menjejakkan kaki ke podium.

Syarifuddin yang lebih dikenali sebagai ‘Damok’ menampilkan tunggangan mantap pada perlumbaan 1 dan perlumbaan 2 apabila menamatkan kedua-dua saingan tersebut di tempat kedua.

Pelumba berusia 21 tahun itu meluahkan kegembiraan kerana dapat menunaikan janjinya sebelum ini kepada peminat untuk memperagakan aksi magis pada perlumbaan di Catalunya itu.

“Saya sangat gembira dengan prestasi minggu ini kerana dapat menjejakkan kaki ke podium dalam kedua-dua perlumbaan. Seperti yang dijanjikan, saya mahu mencipta magis dalam perlumbaan di sini.

“Sudah tentu kemenangan ini saya tujukan kepada pasukan, keluarga, sahabat serta seluruh rakyat Malaysia. Sebenarnya, bukan mudah untuk saya bersaing dalam kedua-dua perlumbaan tersebut,” katanya.

Menurut pelumba pasukan SIC Racing itu, dia berdepan tentangan cukup sengit dalam dua perlumbaan tersebut terutamanya daripada pelumba Estrella Galicia, Jose Antonio Rueda yang menjadi pemenang dalam dua perlumbaan itu.

“Pada perlumbaan 1, ia cukup sukar dan mencabar kerana Rueda cuba menjarakkan diri selain saya yang perlu mengekalkan kelajuan jentera. Selain itu, saya juga berdepan tentangan daripada rakan sepasukan, Angel Piqueras.

“Saya cuba untuk memperbaiki tunggangan pada perlumbaan 2, namun Rueda sekali lagi menjarakkan diri dan memimpin saingan. Bagaimanapun, saya tetap bangga kerana dapat menamatkan saingan di kedudukan podium,” ujar Damok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI