fbpx

Dakwaan kes Mara Corp digugurkan tidak benar – SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam (kiri) beramah mesra bersama wakil media dari pelbagai agensi pada Majlis Anugerah Media SPRM 2021 di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan bahawa kes salah guna kuasa dan isu integriti melibatkan Mara Corporation (Mara Corp.) akan digugurkan.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya telah mengemukakan keterangan mencukupi bagi mendakwa beberapa pihak berhubung kes tersebut dan telah menyerahkan fail berkaitan kepada Jabatan Peguam Negara untuk dikaji dan turut mencadangkan nama beberapa pihak untuk dituduh.

“Setakat ini tiada sebarang pemakluman daripada Jabatan Peguam Negara yang mengatakan kes tersebut tidak akan dituduh dan saya tidak mahu memberikan sebarang komen mengenainya.

“Siasatan telah dilakukan dan kami ada keterangan memadai serta mencukupi untuk mencadangkan pertuduhan kepada beberapa pihak,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Media SPRM 2021 di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Terdahulu, SPRM pada 7 Februari lalu telah menyerbu dan merampas beberapa dokumen daripada Mara, Mara Corp. dan sebuah syarikat setiausaha korporat selepas menerima laporan berhubung dakwaan berlakunya salah guna kuasa oleh beberapa pegawai kanan Mara.

Bagaimanapun, semalam, sebuah portal berita tempatan melaporkan dakwaan salah guna kuasa ke atas tiga pegawai Mara ‘bakal’ digugurkan.

Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai isu salah guna kuasa atau rasuah membabitkan kes penyambungan pangsapuri kos rendah, Azam memaklumkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenainya.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu ambil tindakan telus mengenai isu tersebut dan saya tahu terdapat ramai yang mengadu mengenai kejadian pembinaan tambahan ini,” ujar beliau.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI