fbpx

Argentina pilihan julang Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAVI memberi impak positif meskipun dimasukkan sebagai pemain gantian ketika membantu Sepanyol menang 2-0 ke atas Republik Czech pada Liga Negara-Negara Eropah awal pagi semalam. – AFP

MADRID – Pengendali Sepanyol, Luis Enrigue mengakui pasukan Argentina layak dilabelkan sebagai pilihan pada Piala Dunia 2022 selepas menyaksikan anak-anak buahnya melakar kemenangan 2-0 ke atas Republik Czech pada saingan Liga Negara-Negara Eropah awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, skuad La Roja tidak mempunyai masalah untuk mengutip tiga mata berharga hasil jaringan yang dilakukan oleh Carlos Soler and Pablo Sarabia, sekali gus mendahului carta kumpulan A2 dengan lapan mata.

Kata Enrique, pasukan dari Eropah ketika ini masih jauh ke­tinggalan berbanding dua gergasi bola sepak Amerika Selatan, Argentina dan Brazil yang dijangka mendominasi saingan Piala Dunia 2022 di Qatar nanti.

“Di atas kertas, tiada lagi keraguan bahawa Argentina pilihan utama menjuarai Piala Dunia kali ini. Mereka memiliki rekod cemerlang selepas tanpa kalah dalam aksi antarabangsa untuk tempoh lama.

“Kemudian, saya rasakan Brazil juga wajar dilabel sebagai antara calon berpotensi untuk menang memandangkan kedua-dua negara itu memiliki momentum dan lebih konsisten berbanding pencabar lain,” katanya.

Mengulas mengenai aksi menentang Czech, bekas pengendali Barcelona itu memuji impak positif yang diberikan oleh bintang muda pasukan, Gavi meskipun hanya dimasukkan sebagai pemain gantian.

“Kali ini saya mengambil keputusan untuk tidak meletakkan Gavi dalam kesebelasan utama kerana mahu dia berehat selepas mengharungi musim panjang.

Namun, peminat bertegas untuk Gavi dimasukkan sebagai pemain gantian dan dia telah memberikan impak positif,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI