fbpx

Amnesty tuduh Russia lakukan jenayah perang di Kharkiv

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang diambil pada 11 Jun lalu menunjukkan pelancar roket BM-21 Grad milik Ukraine yang dilancarkan berhampiran Izyum, selatan Kharkiv. - AFP

KIEV, Ukraine – Pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International (AI) semalam menuduh Russia melakukan jenayah perang selepas serangan ke atas bandar Kharkiv yang kebanyakannya menggunakan bom kluster, telah membunuh beratus-ratus orang awam.

“Pengeboman berulang kali penempatan-penempatan penduduk di Kharkiv adalah serangan rambang yang membunuh dan mencederakan ratusan orang awam, justeru, ia jenayah perang.

“Ini merangkumi serangan menggunakan bom kluster di samping bedilan roket dan meriam secara rawak.

“Penggunaan berterusan senjata letupan tidak bersasar di kawasan penduduk awam walaupun mengetahui senjata itu boleh menyebabkan kematian besar orang awam adalah menyamai tindakan melancarkan serangan terhadap populasi awam,” kata AI dalam laporannya berhubung situasi di Kharkiv yang merupakan bandar kedua terbesar di Ukraine

AI menyatakan, pihaknya menemui bukti penggunaan berulang kali bom kluster 9N210 dan 9N235 oleh tentera Russia serta periuk api darat yang kesemuanya diharamkan di bawah konvensyen antarabangsa. 

Bom kluster membebaskan berpuluh-puluh bom kecil di ruang udara yang jatuh berselerakan dan meletup di kawasan seluas beberapa ratus meter persegi.

Laporan bertajuk Anyone Can Die At Any Time itu memperincikan bagaimana tentera Russia menyasarkan kawasan penduduk awam di Kharkiv sejak hari pertama pencerobohan pada 24 Februari lalu.

Bedilan dan pengeboman berterusan selama dua bulan menyebabkan ‘kemusnahan total’ ke atas bandar raya dengan 1.5 juta penduduk itu. 

“Orang ramai terbunuh di dalam kediaman dan di jalanan, taman permainan, tanah perkuburan serta ketika beratur untuk mendapatkan bantuan kemanusiaan atau membeli makanan dan ubat,” kata Penasihat Kanan Tindak Balas Krisis AI, Donatella Rovera.

“Tentera Russia bertanggungjawab ke atas serangan kejam ini,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan, Pentadbiran Tentera Kharkiv memberitahu AI bahawa seramai 606 orang awam terbunuh dan 1,248 yang lain cedera di rantau itu sejak konflik bermula. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI