fbpx

Al-Sultan Abdullah zahir dukacita,sifatkan Arshad arkitek penubuhan UiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah menzahirkan ucapan takziah atas pemergiaan tokoh pendidikan negara, Tun Dr. Arshad.

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah atas pemergiaan tokoh pendidikan negara, Tun Dr. Arshad Ayub, 93, yang menghembuskan nafas terakhir, hari ini.

Al-Sultan Abdullah yang merupakan Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) turut menzahirkan dukacita dengan bertitah Allahyarham Arshad adalah seorang tokoh dan negarawan yang bertanggungjawab sebagai arkitek penubuhan UiTM yang kini terkenal di seluruh negara sebagai gedung modal insan pribumi yang teragung di Malaysia.

“Kehilangan beliau sangat dirasai oleh negara dan khususnya UiTM.

“Semoga segala jasa dan pengorbanan beliau dibalas dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda dari Allah. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan para solihin,” titah baginda pada istiadat konvokesyen ke-93 UiTM, hari ini.

Allahyarham Arshad menghembuskan nafas terakhir di hospital pada pukul 2.06 pagi tadi.

Difahamkan, Arshad dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sejak Selasa lalu berikutan masalah kesihatan dan dilaporkan dalam keadaan tenat.

Allahyarham merupakan pengarah pertama Institut Teknologi Mara (ITM) sejak 1967 sehingga 1975 sebelum dikenali sebagai UiTM. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI