fbpx

Ada yang dengki? Instagram Abby Abadi digodam lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELANG beberapa bulan, Instagram Abby Abadi sekali lagi digodam. Kali ini, termasuk Instagram suaminya, Jai.

PETALING JAYA – ‘Kehilangan’ Abby Abadi dalam Instagram akhirnya terjawab apabila rupa-rupanya akaun media sosial miliknya iaitu @abbyabadiofficial menjadi mangsa penggodam sehingga lesap dari radar.

Ujar Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 45, ini bukan kali pertama Instagramnya digodam kerana sebelum ini dia pernah beberapa kali melalui pengalaman sama.

Kongsi pelakon siri Gerak Khas itu, situasi kali ini bagaimanapun lebih serius selepas beberapa akaun Instagram miliknya yang lain turut digodam.

Antaranya termasuklah akaun perniagaan tudung serta Instagram yang dibuka untuk anak angkatnya, Maira Darda Farisa.

“Tetaplah tersenyum walaupun Instagramku hilang berkali-kali. Tak tahu di mana silapnya, siapa yang iri hati pada saya yang tak punya apa-apa ini.

“Kali ini lebih tragis ya sebab hilang semua Instagram yang berkait dengan saya. @abbyabadiofficial @kernadia_byabbyabadi @mairadardafarisa akaun ‘backup’ pun hilang,” tulisnya dalam akaun Instagram baharunya, @mamayebbyyabadi.

Bukan setakat platfom media sosialnya menjadi mangsa, malah Instagram peribadi termasuk akaun perniagaan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria atau Jai turut lesap digodam individu tidak bertanggungjawab.

“Nak tak nak, terpaksa mulakan yang baharu. Biar hilang Instagram tak apa, jangan hilang Allah ya,” pesannya.

Sementara itu, bekas suami Abby iaitu Norman Hakim dan isteri, Memey Suhaiza tidak ketinggalan membantu mempromosi Instagram baharu pelakon itu dalam laman sosial masing-masing.

Sebelum ini, Instagram lama milik Abby pernah hilang dari radar selepas digodam pada November tahun lalu.

Situasi tersebut mengganggu usahanya meraih pendapatan dan mempromosikan perniagaan yang diusahakannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI