fbpx

50,000 penyokong dijangka banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyokong Malaysia dan Bangladesh sudah mula membanjiri perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil sejak pukul 5 petang tadi. - Foto oleh MUHD. ARDIE PUTRA SUHAIMI

KUALA LUMPUR – Ribuan penyokong Harimau Malaya dan Bangladesh mula membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjelang perlawanan terakhir Kumpulan E melibatkan kedua-dua pasukan pada saingan kelayakan Piala Asia 2023 malam ini.

Berdasarkan tinjauan Kosmo!, peminat pasukan tuan rumah dan antarabangsa mula berada di perkarangan SNBJ bermula pukul 5 petang tadi.

Dijangka lebih 50,000 penyokong dijangka membanjiri Stadium Nasional, malam ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan sebanyak 44,340 tiket perlawanan itu sudah terjual setakat pukul 6 petang.

Skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon berpeluang cerah untuk layak secara merit ke pentas Piala Asia 2023 seandainya mengutip tiga mata penuh ke atas Bangladesh nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI