fbpx

Vkusno & Tochka ganti McDonald’s di Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pekerja membersihkan mesin pesanan layan diri di dalam restoran Vkusno & Tochka menjelang pembukaannya di Moscow, semalam. – AFP

MOSCOW – Sebanyak 15 cawangan restoran makanan segera McDonald’s  yang ditutup  di Russia dibuka semula semalam tetapi di bawah jenama dan pengurusan baharu, lapor saluran berita CNN.

Restoran mirip McDonald’s itu dinamakan semula sebagai  Vkusno & Tochka yang bermaksud “Sedap dan inilah dia.”

Pemilik syarikat tersebut, Alexander Nikolaevich Govor berkata, syarikatnya menyasarkan untuk membuka 200 cawangan di seluruh Russia menjelang hujung bulan ini.

“Jika anda ingat kembali, pada Mei lalu, McDonald’s mengumumkan akan menutup semua perniagaannya di Russia.

“Saya berbangga kerana mereka memilih saya untuk meneruskan perniagaan ini. Ia bermaksud syarikat tersebut melihat saya sebagai seorang yang berkongsi sepenuhnya  prinsip perniagaan serta nilai-nilai McDonald’s.

“Saya seorang lelaki  bercita-cita tinggi. Justeru,  saya tidak hanya akan membuka semula kesemua 850 cawangan McDonald’s yang ditutup, malah akan membangunkan cawangan baharu,” katanya.

Menurut kenyataan akhbar  syarikat terbabit, seramai 62,000 kakitangan lama McDonald’s turut dikekalkan.

Hari pertama pembukaan Vkusno & Tochka diadakan bersempena cuti umum Hari Russia, yang menandakan hari kemerdekaan negara itu.

Ia turut dibuka di lokasi sama di mana cawangan McDonald’s pertama dibuka di Russia pada 31 Januari 1990 iaitu Dataran Pushkinskaya.

Sehingga awal Mac lalu, terdapat 850 cawangan McDonald’s di Russia. Namun, rangkaian restoran makanan segera itu menarik diri dari  negara itu ekoran sekatan  Barat ke atas Moscow disebabkan pencerobohan Ukraine. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI