fbpx

Tubuh jawatankuasa khas siasat operasi kolam udang haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razman.

BAGAN SERAI – Satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan kerajaan negeri bagi menyiasat aspek pengoperasian kolam ternakan udang di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perladangan dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria berkata, jawatankuasa tersebut diwujudkan berikutan terdapat banyak kolam udang di Perak beroperasi secara haram.

Katanya, jawatankuasa dipengerusikan bersama pejabat tanah dan galian (PTG) itu akan melakukan siasatan terperinci merangkumi semua aspek termasuk keluasan tanah yang diusahakan secara haram.

“Semua orang tahu bahawa banyak kolam penternakan udang bukan sahaja di daerah Kerian malah di seluruh negeri telah diusahakan secara haram.

“Jika perusahaan itu dijalankan secara haram tanpa mengikut syarat yang ditetapkan, ia tidak mendatangkan hasil kepada kerajaan negeri.

“Oleh sebab itu, kerajaan negeri cuba mencari kaedah menang-menang di mana kita mahu perusahaan tersebut dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan. Jadi, satu jawatankuasa akan ditubuhkan dan dipengerusikan bersama PTG untuk melihat perkara ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan cek berjumlah RM100,000 kepada Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Al-Latifiah, Alor Setanggok di sini hari ini.

Sumbangan itu diserahkan Razman yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Gunung Semanggol kepada sekolah berkenaan bagi tujuan baik pulih khususnya membabitkan pembaikan bumbung.

Mengulas lanjut sama ada operasi kolam ternakan udang itu akan dihentikan sementara, Razman berkata, pihaknya akan meneliti sebarang tindakan sebelum keputusan dapat diambil. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI