fbpx

Tengku Zafrul perlu diangkat ‘poster boy’ BN di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul.

SHAH ALAM – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz perlu diangkat sebagai ‘poster boy’ Barisan Nasional (BN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata, parti itu memerlukan lebih ramai pemimpin muda, berkaliber dan diyakini rakyat yang mampu menawarkan perubahan luar biasa di negeri ini.

Katanya, Tengku Zafrul yang juga menteri kabinet antara nama yang disebut-sebut malah kerap turun padang menyantuni rakyat di Kuala Selangor.

“Jika kehadiran anak kelahiran Kuala Selangor itu diterima baik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, apa salahnya Tengku Zafrul dinamakan sebagai poster pada PRU15 nanti.

“Saya yakin beliau mempunyai latar belakang dalam dunia korporat dan perbankan yang mampu membela kebajikan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Minggu lalu, media melaporkan Tengku Zafrul dilihat lebih diterima oleh pimpinan dan akar umbi UMNO di Selangor berbanding bekas Menteri Besar, Dr. Mohamad Khir Toyo.

Jelas Jamal, kejayaan BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor tahun lalu membuktikan calon baharu, segar dan bebas daripada kontroversi menjadi pilihan pengundi.

“Formula sama boleh diguna pakai dalam PRU15 dengan mengetengahkan calon muda, baharu dan sesuai dengan kehendak semasa,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI