fbpx

Ranking tidak mencerminkan kualiti bagus skuad Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOUSA menyifatkan ranking Malaysia tidak menggambarkan kualiti skuad Harimau Malaya yang disifatkkannya sangat liat untuk dijinakkan pada aksi Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin. - FARIZ RUSADIO

KETUA jurulatih skuad Bahrain, Helio Sousa mengakui pasukan Malaysia ‘cukup liat’ untuk ditewaskan selepas anak-anak buahnya merekodkan kemenangan dramatik 2-1 pada aksi Kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin.

Pada aksi tersebut, Bahrain yang menduduki ranking ke-89 dunia berjaya mempamerkan karakter sebenar selepas bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk meraih kemenangan hasil ledakan Ali Haram dan Abdulla Yusuf Helal.

Kata Sousa, pasukan tuan rumah kendalian Kim Pan-gon berjaya membuktikan ba­hawa me­reka dapat beraksi baik meskipun menduduki ranking yang jauh lebih rendah tetapi pujian wajar diberikan kepada barisan pemain yang tidak pernah kenal erti putus asa.

“Bukan mudah untuk mana-mana pasukan beraksi dalam keadaan (padang) seperti ini selain sokongan padu yang diberikan penyokong tuan rumah membuatkan barisan pemain tidak mendapat rentak pada awal permainan.

“Saya lihat pemain sudah cuba mencari ruang dengan melakukan hantaran jauh, tetapi kita mengambil masa untuk melakukan gerakan dan tempo permainan lebih baik dapat dilakukan pada babak kedua.

“Ranking Malaysia tidak menggambarkan kualiti yang ada pada pemain mereka ada buat masa ini. Namun, pujian wajar diberikan kepada barisan pemain kami yang berjuang sebaik mungkin untuk mengutip tiga mata pen­ting,” kata pengendali kelahiran Portugal itu.

Mengulas mengenai keadaan padang yang teruk, Sousa me­ngakui Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sepatutnya memainkan peranan untuk mengadakan saingan kelayakan di Kuala Lumpur kepada dua venue.

“Bukan mudah untuk satu stadium menganjurkan enam perlawanan dalam tempoh yang singkat di negara seperti ini yang kita boleh jangka cuaca tidak begitu baik dan AFC sepatutnya memainkan peranan lebih penting,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI