fbpx

Puluhan ribu bersedih kematian anak lelaki Gabenor Jawa Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA-ANGGOTA polis membawa keranda mengandungi jenazah Emmeril Khan Mumtadz di Bandung hari ini. - AFP

BANDUNG – Berpuluh-puluh ribu orang memenuhi jalan-jalan di kota Bandung hari ini untuk menzahirkan kesedihan berhubung kematian anak lelaki seorang gabenor yang ditemui lemas di sebatang sungai di Switzerland minggu lalu selepas usaha pencarian menggamit tumpuan rakyat Indonesia. 

Kehilangan Emmeril “Eril” Kahn Mumtadz bulan lalu mendapat perhatian Indonesia dengan rakyat negara itu menyiarkan gambar dan video secara online berhubung tragedi  yang menimpa anak lelaki sulung Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil itu.

Pemuda berumur 22 tahun itu hilang di Sungai Aare, ibu negara Switzerland, Bern pada 26 Mei lalu semasa berenang bersama saudara perempuan dan rakan-rakannya.

Pihak berkuasa Switzerland menemui mayat mangsa di sebuah empangan selepas 12 hari usaha pencarian dilakukan. Jenazah Eril dibawa pulang ke Indonesia semalam.

Orang ramai berkumpul di ibu negeri wilayah Jawa Barat, Bandung hari ini untuk mengucapkan selamat tinggal kepada anak lelaki ahli politik berkenaan menjelang majlis pengebumian yang disiarkan di kaca televisyen.

Sesetengah mereka datang ke Bandung dari pulau-pulau lain di Indonesia untuk memberikan penghormatan terakhir, lapor media tempatan.

“Saya percaya Eril amat gembira dan tenteram. Kami juga tenteram dan kami menerima (reda) dengan apa yang berlaku,” kata bapanya kepada pemberita di luar sebuah tanah perkuburan.

Ridwan ialah bekas datuk bandar Bandung dan merupakan antara ahli politik paling popular di Indonesia. Beliau dinamakan sebagai salah seorang calon yang akan bertanding dalam pilihan raya Presiden Indonesia pada tahun 2024. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI