fbpx

Polis cari pemandu Proton Wira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis sedang mengesan pemandu kenderaan (kanan) yang disyaki melarikan diri. /FOTO IHSAN POLIS

GUA MUSANG – Polis mengesan pemandu kereta jenis Proton Wira yang terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan treler membawa muatan kayu balak terbalik di Kilometer 65, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pemandu kereta itu dipercayai meninggalkan kenderaannya selepas terbabit kemalangan di lokasi kejadian.

MEnurut Choon Foo, setakat ini, pihaknya masih belum dapat mengenal pasti identiti pemandu kereta itu dan pemeriksaan di dalamnya tidak menemui sebarang barangan salah.

“Kita mengesan pemilik asal kereta itu, namun siasatan mendapati ia telah dijual kepada orang lain.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pemandu kereta itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Petri Amirah Majidi di talian 09-912 1222 bagi membantu siasatan,” katanya.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, kedua-dua arah Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini sesak teruk lebih lima jam selepas treler membawa muatan kayu balak terbalik dalam kemalangan di Kilometer 65, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, laluan di kedua-dua arah ditutup akibat treler melintang selain kayu balak bergelimpangan atas jalan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI