fbpx

PM ucap tahniah kepada Janushaa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan yang dizahirkan Ismail Sabri di laman Facebooknya hari ini.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Pegawai Kadet Kanan (PKK) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), B. Janushaa iaitu pegawai wanita pertama negara yang berjaya menamatkan Pengajian dan Latihan Ketenteraan di United States Naval Academy (USNA).

Beliau menzahirkan ucapan tersebut menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.

“Saya amat bangga dengan kejayaan PKK Janusha yang bukan sahaja membuktikan anak Malaysia hebat di pentas dunia, malah menyerlahkan kewibawaan golongan wanita muda Malaysia untuk bersaing dalam dunia ketenteraan,” katanya.

Majlis Tamat Pengajian itu disempurnakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

Ismail Sabri berkata, kejayaan tersebut diharapkannya menjadi suntikan semangat kepada warga TLDM untuk terus berusaha mencapai kejayaan di masa hadapan.

“Syabas dan tahniah PKK Janushaa!,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI