fbpx

Patung ‘puaka’ Squid Game ada teman lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Squid Game musim kedua yang dijangka menemui penonton seawal hujung tahun 2023 akan memperkenalkan karakter baharu iaitu teman lelaki patung puaka bernama Cheol-su.

SIRI fenomena Korea Selatan, Squid Game musim kedua akan menyaksikan kemunculan ‘teman lelaki’ patung gergasi bermata laser yang menjadi igauan khalayak iaitu Young-hee bernama Cheol-su.

Perkara tersebut diumumkan pengarah, penulis skrip dan penerbit eksekutif siri popular Netflix berkenaan, Hwang Dong-hyuk.

“Tahun lalu, kami mengambil masa selama 12 tahun untuk membawakan musim pertama Squid Game. Tetapi, ia hanya mengambil 12 hari untuk dinobatkan sebagai siri paling popular Netflix.

“Sekarang (untuk musim kedua), Gi-hun akan kembali. The Front Man juga akan kembali. Lelaki bersut dengan permainan ‘ddakji’ mungkin akan kembali.

“Kalian juga akan diperkenalkan kepada teman lelaki patung laser, Young-hee iaitu Cheol-su,” umum Dong-hyuk menerusi satu coretan dalam Instagram rasmi Squid Game.

Untuk rekod, watak utama dalam Squid Game iaitu Gi-hun dilakonkan oleh Lee Jung-jae. Disebabkan keberkesanan dan fenomena yang dicetuskan dalam siri berkenaan, dia diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) dalam acara berprestij, Screen Actors Guild Awards 2022 (SAG Awards 2022).

Karakter The Front Man dijayakan pelakon berpengalaman Korea Selatan, Lee Byung-hun sementelah aktor kacak, Gong Yoo memainkan peranan tukang rekruit permainan antara hidup dan mati tersebut yang mencetus misteri pada musim pertama.

Musim kedua dijangka menemui penonton menjelang hujung 2023 atau 2024.

Squid Game merupakan siri paling popular Netflix dengan jumlah tontonan lebih 142 juta di 94 buah negara sekali gus mengatasi rekod yang sebelum ini dipegang Bridgerton sebagai siri paling popular platform penstriman berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI