fbpx

NSL mampu jadi liga terbaik Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AN NAJWA meraikan jaringan ketika membantu Johor Jewels membelasah Melaka Mystic pada aksi Sooka NSL 2022 di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam. – AFIQ RAZALI

BINTANG sensasi Johor Je­wels, An Najwa Azizan berharap saingan Netball Super League (NSL) mampu menjadi kejohanan tumpuan di rantau Asia Tenggara bagi sukan bola jaring pada masa depan.

An Najwa mengakui, saingan edisi kedua Sooka NSL 2022 tahun ini membuktikan sukan itu masih miliki auranya yang tersendiri dengan kebanjiran penyokong di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

“Kita boleh nampak penyokong-penyokong bola jaring ada untuk tempoh dua tahun kebelakangan ini. Sebelum ini (bola jaring) tiada platform kukuh seperti sekarang.

“Apabila NSL ada, ia adalah satu-satunya liga terbesar di Malaysia. Jadi kita dapat lihat semua orang sukakan bola ja­ring sama seperti kami,” kata­nya ketika ditemui baru-baru ini.

Justeru, goal shooter skuad kebangsaan itu berharap NSL mampu diteruskan untuk tempoh jangka masa panjang sekali gus menarik minat pasukan-pasukan dan pemain-pemain dari luar negara.

“Harapan sudah tentu mahu melihat NSL diteruskan untuk 5, 10 tahun akan datang. Saya juga berharap NSL pada masa depan dapat menjemput pasukan-pasukan lain bukan di Malaysia sahaja.

“Mungkin NSL boleh menjadi salah satu liga terhebat di rantau Asia Tenggara. Ia akan membuatkan semua orang tertunggu-tunggu untuk bermain di NSL setiap tahun dan saya rasa ia boleh direalisasikan,” jelas An Najwa.

Jika edisi pertama tahun lalu menyaksikan hanya pemain dan pasukan tempatan, musim kedua kali ini memperlihatkan kehadiran dua tenaga import mewarnai saingan NSL.

Dua pemain itu ialah bintang Sri Lanka, Gayani Samanthika Dissanayake dan penolong kapten Thailand, Sirima Samnaree yang kini menyarung jersi Johor Jewels.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI