fbpx

Nelayan meninggal dunia ketika memukat ikan di laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk kampung mengangkat mayat Wahab yang ditemui mati di dalam botnya di Kuala Kemaman malam tadi.

KEMAMAN – Kerisauan seorang anak selepas bapanya tidak pulang daripada menangkap ikan di perairan Kuala Kemaman di sini terjawab apabila nelayan tersebut ditemui mati dalam bot gentian kaca miliknya malam tadi.

Mangsa, Wahab Salleh, 77, didapati terbaring di dalam botnya pada kedudukan tiga batu nautika dari Kuala Kemaman sekitar pukul 8 malam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, nelayan berkenaan telah keluar ke laut untuk menangkap ikan sekitar pukul 5 pagi.

“Biasanya dia akan pulang ke jeti Kuala Kemaman dengan membawa hasil tangkapan pada pukul 1 tengah hari.

“Bagaimanapun, lelaki warga emas tersebut tidak pulang sehingga lewat petang menyebabkan ahli keluarganya bimbang dengan keselamatan dirinya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelasnya, salah seorang anak lelaki telah mencari Wahab di kawasan jeti sebelum dimaklumkan bapanya masih belum pulang dari laut.

Tambah beliau, anak mangsa kemudiannya menemui bapanya terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bot gentian kaca di tengah laut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI