fbpx

Mira Filzah, suami sebak khatankan anak usia sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Emir dan Mira selamat khatankan putera sulung mereka yang berusia sebulan baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara Mira Filzah tidak dapat menahan sebak apabila anak sulung, Wan Khair Amir selamat dikhatankan pada usia yang baru menginjak 30 hari.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram, Mira amat berbangga selain menyifatkan anaknya itu sangat tenang sepanjang proses berkenaan (berkhatan) berlangsung.

“Ketahuilah papa dan mama sangat bangga bila mana kamu pandai membawa diri dengan baik semasa berkhatan.

“Mama sebak dan menitiskan air mata apabila mendengar kamu menangis pada awalnya. Papa tak menangis, tapi sedih jugalah. Tapi sepanjang masa sehingga selesai, kamu tenang dan senyap sahaja.

“Alhamdulillah, tahniah anakku. Semoga cepat sembuh buat juara kecil tersayang kami!, tulisnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis turut mendoakan yang terbaik buat kesembuhan dan kesihatan anak bekas pengacara Nona itu.

“Alhamdulillah sunat dah dia. Semoga cepat sembuh dan membesar dengan sihat sayang.

“Sunat masa bayi ini paling mudah nak jaga. Alhamdulillah lepas ni bolehlah solat berjemaah di masjid sama-sama,” seloroh netizen.

Terdahulu pada 10 Mei lalu, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, selamat menimang cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Sekadar info, Mira mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Astar pada 3 September 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI