fbpx

Ikan belacak halal dimakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ikan belacak.

PUTRAJAYA – Ikan belacak atau dikenali ikan tembakul halal dimakan kerana ia dikategorikan sebagai sejenis haiwan air.

Demikian penjelasan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel Al-Kafi yang dikeluarkan pejabat tersebut hari ini.

Menurut PMWP, ikan belacak mempunyai ciri-ciri haiwan air yang hanya boleh bertahan untuk bernafas dalam keadaan lembapan dan habitatnya kebiasaan di kawasan berair mahupun lembab.

Justeru, katanya, ikan belacak dihukumkan haiwan air berdasarkan garis panduan fiqh mazhab Syafie.

“Bahkan, keupayaan untuk bernafas hanya berlaku semasa ikan belacak lembab dan berfungsi apabila habitatnya sentiasa berada di kawasan yang berair.

“Ikan belacak adalah ikan afimbia (dua alam), habitatnya di muara pasang surut dengan bersembunyi di bawah rumput laut basah atau dalam kolam pasang surut.

“Ikan belacak agak aktif semasa di luar air, makan dan berinteraksi sesama sendiri malah, tabiat ikan belacak bergerak dengan berkesan di daratan dan juga di air,” ujarnya.

Katanya, penentuan kategori haiwan air adalah apabila haiwan tersebut tidak boleh hidup melainkan di dalam air. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI