fbpx

Gajah ‘berdendam’ pijak, lempar mayat wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gajah itu dikatakan melarikan diri dari Santuari Hidupan Liar di Jharkhand, yang terletak kira-kira 199 kilometer dari lokasi kejadian. – Getty Images

NEW DELHI – Seekor gajah di India memijak seorang warga emas sehingga mati sebelum kembali ke upacara pembakaran mayat bagi menyerang wanita itu sekali lagi, lapor akhbar Daily Star semalam.

Maya Murmu, 70, dilaporkan mengambil air dari sebuah perigi di Raipal, sebuah perkampungan di timur India pada 9 Jun lalu ketika insiden pertama berlaku, demikian menurut agensi berita Press Trust of India.

Haiwan itu dikatakan melarikan diri dari Santuari Hidupan Liar di Jharkhand, yang terletak kira-kira 199 kilometer dari lokasi kejadian.

Ia memijak dan menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa. Maya dikejarkan ke hospital terdekat, namun kemudian disahkan meninggal dunia, kata Inspektor Lopamudra Nayak dari balai polis Rasgovindpur.

Bagaimanapun, ketika waris mangsa melakukan upacara pembakaran mayatnya pada hari yang sama, gajah tersebut  tiba-tiba muncul dan menarik keluar mayat mangsa  daripada  longgokan kayu pembakaran yang telah disusun.

Ia memijak mayat wanita itu sekali lagi sebelum melemparkannya ke udara dan beredar.

Upacara tersebut dilaporkan dapat dilaksanakan selepas beberapa jam kemudian. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI