fbpx

Death Valley pecah rekod suhu harian tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kenderaan dipandu melalui Death Valley, California pada 11 Julai tahun lalu. - AFP

WASHINGTON – Suhu semakin meningkat di barat daya Amerika Syarikat (AS) terutama di Death Valley, California dengan catatan rekod melebihi 49 darjah Celsius pada Jumaat lepas dan kelmarin, lapor agensi berita United Press International (UPI). 

Petugas laman web ramalan cuaca, AccuWeather berkata, cuaca panas terik dijangka berterusan sepanjang minggu ini.

Perubahan aliran angin ke arah utara di negeri-negeri barat daya AS diramalkan berlaku pada minggu ini yang menyebabkan udara panas  tersebar ke seluruh rantau.

Tekanan udara panas itu menyebabkan termometer di bandar-bandar di barat daya AS merekodkan bacaan tertinggi tahun ini.

Pada Rabu minggu lalu, bandar Phoenix pertama kali merekodkan suhu 43.3 darjah Celsius pada tahun ini.

Kelmarin menyaksikan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan di Phoenix melaporkan bacaan suhu 45.5 darjah Celsius di bandar itu, menyamai rekod tertinggi pada tahun 1918.

Dalam pada itu, suhu di Las Vegas pula meningkat kepada 42.8 darjah Celsius, menyamai rekod tahun 1956.

Las Vegas turut mencatatkan suhu 42.8 darjah Celsius Jumaat lalu yang memecahkan rekod harian tertinggi 42.2 darjah Celsius pada 1996. 

Suhu di Denver pula mencecah 37.7 darjah Celsius, menyamai rekod suhu tertinggi pada 2013.

Walaupun penduduk di barat daya AS sudah biasa dengan cuaca panas terik, perubahan suhu di kawasan itu begitu ketara dan boleh membawa kepada masalah kesihatan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI