fbpx

Air bertakung di beberapa kawasan di Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa kawasan di ibu negara dinaiki selepas hujan lebat berlaku petang tadi

PETALING JAYA – Pusat Pengurusan Pengangkutan Bersepadu (ITIS), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan kejadian air bertakung dan banjir kilat telah berlaku di beberapa kawasan di Kuala Lumpur hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Astro Radio Trafik sebentar tadi, kejadian tersebut berlaku berpunca daripada hujan lebat sejak awal petang tadi.

“Pihak ITIS mengesahkan air bertakung dan banjir kilat telah mengakibatkan kelewatan di beberapa kawasan sekitar Pusat Bandar antaranya di Bulatan Kampung Pandan.

“Selain itu kejadian juga berlaku di, Jalan Cheras, lorong kiri terhalang menghampiri Taman Midah dan juga laluan dari Flat Sri Sabah ke PGRM serta berhampiran Bulatan Sungai Besi di Jalan Loke Yew, lorong kiri terhalang,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN