fbpx

Zizie berkurung dalam bilik gelap, kecewa ditinggal kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOKONGAN keluarga berjaya membangkitkan semangat Zizie menempa kejayaan dalam bidang peragaan.

GADIS Pesona Ahad minggu ini, Nurul Nazirah Mohd. Ridzuan atau lebih mesra dipanggil Zizie pernah melalui perpisahan yang memeritkan apabila ditinggalkan kekasihnya sehingga menyebabkan dirinya kemurungan.

Gadis berusia 21 tahun kelahiran Tumpat, Kelantan itu me­ngakui cinta muda tersebut me­rubah kehidupannya daripada gadis ceria dan manja kepada pendiam dan lebih banyak menyendiri.

Bagaimanapun soko­ngan tidak berbelah keluarga dan teman rapat berjaya membuatkan dirinya bangkit meneruskan kehidupan sehingga me­nempuh kejayaan dalam bidang peragaan dengan menjadi duta produk.

Bersama Kosmo! Ahad, Zizie bercerita mengenai kisah hidupnya dan perancangan masa depan.

Kosmo! Ahad: Boleh kongsikan latar belakang anda?
ZIZIE: Saya merupakan puteri sulung daripada tiga beradik yang kesemua perem­puan. Gadis ceria dan manja serta tidak suka diarah. Saya juga suka pendam ma­salah dan kesedihan selain mu­dah tersentuh dan maafkan orang. Menceburi bidang peragaan kerana minat pada kecantikan sejak berusia 15 tahun dan mula serius selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membantu keluarga. Kini saya merupakan duta produk kecantikan selain model muslimah.

Pencapaian terbesar dalam bidang peragaan?
Gembira dan teruja apabila dapat menghadiahkan ibu gelang emas bernilai RM25,000 sempena ulang tahun kelahirannya tahun lalu. Melihat kegembiraan terpancar pada wajahnya buatkan saya bahagia. Ini merupakan pencapaian paling besar sepanjang enam tahun berada dalam industri ini.

Bekerja di usia muda, kenapa dan apa perancangan Zizie?
Semuanya kerana tanggungjawab sebagai anak sulung, saya perlu pastikan ibu bapa serta adik-adik dan datuk berada dalam keadaan baik dan bahagia. Tanggungjawab ini berat, namun saya tidak akan terleka mengalasnya.

ZIZIE mengidolakan Kendall Jenner dan Dahlia Rizal dalam bidang peragaan.

Siapa model yang memberi inspirasi kepada Zizie?
Ramai antaranya Kendall Jenner dan Dahlia Rizal. Saya amat mengagumi stail yang diperagakan oleh mereka.

Apa perancangan masa hadapan anda?
Sebagai jaminan masa depan, saya merancang untuk menge­luarkan kosmetik sendiri dan kini dalam proses mengumpul wang serta belajar produk kecantikan dan perniagaan. Bagi saya tidak salah untuk mempunyai impian yang tinggi dan semua orang perlu ada sasaran dalam hidup. Selain itu, fokus saya pada masa ini untuk membahagiakan orang di sekeliling terutamanya insan tersayang.

Ciri lelaki idaman Zizie?
Saya impikan lelaki yang mempunyai didikan agama yang secukupnya, namun yang pa­ling penting dia harus setia.
Pengalaman ditinggalkan ke­kasih beberapa tahun lalu betul-betul membuatkan saya sema­kin berhati-hati dalam memilih pasa­ngan sehidup semati.

Pesanan kepada gadis di luar sana?
Setiap gadis dilahirkan dengan kecantikan tersendiri dan anda harus yakin dengan diri sendiri. Saya sedar kecantikan yang dimiliki adalah dengan cara kita yang tersendiri dan setiap orang mempunyai pendapat mereka yang menuntut kita akur dengan pandangan masing-masing. Yang penting, kita bukan setakat cantik di luar tetapi di dalam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI