fbpx

RichWorks sedia sokongan tambahan buat usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada ribuan usahawan yang menyertai 10x Bina Bisnes Berjaya: Bangkit Bisnes Dari Krisis di Setia City Convention Centre, Setia Alam baru-baru ini.

SHAH ALAM – Sokongan tambahan diberikan kepada peserta 10x Bina Bisnes Berjaya: Bangkit Bisnes Dari Krisis menerusi sesi secara dalam talian selama 14 hari sepanjang bulan ini.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd., sesi tersebut telah bermula pada 6 Jun lalu selepas tamat program pada 4 dan 5 Jun.

“Alhamdulillah, ribuan peserta yang telah mengikuti program dua hari itu mendapat lebih kefahaman untuk merancang strategi dan tindakan segera.

“Cabaran yang berlaku ketika ini dengan kenaikan harga barang, isu stok bahan mentah, inflasi dan lain-lain boleh ditangani dengan winning strategy dikongsikan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Program tajaan sepenuhnya RichWorks itu diadakan di Setia City Convention Centre (SCCC) sempena bulan ulang tahun ke-14 RichWorks.

Tambah Radz, RichWorks memahami keadaan dihadapi ramai usahawan di luar sana dan akan menyokong sedaya-upaya menerusi kepakaran dimiliki.

“Sejak 2008, RichWorks mentransformasikan bisnes dan melahirkan ramai usahawan jutawan dalam membina bisnes berjaya.

“Kami bukan sekadar cakap, ada banyak bukti daripada pemilik dan pengasas bisnes yang telah mencapai tahap jualan bukan setakat RM1 juta setahun, malah mencapai RM10 juta hingga ada yang melebihi RM100 juta setahun,” jelasnya.

Bagi maklumat lanjut mengenai program RichWorks, imbas kod QR tertera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI