fbpx

Puteri Sarah dedah punca tak saman orang ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puteri Sarah

PETALING JAYA – Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap orang ketiga yang dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga antaranya dengan suami, Syamsul Yusof.

Dia berbuat demikian disebabkan kasihankan bapa wanita itu yang juga seorang pelakon.

Pemilik nama lengkap, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memaklumkan, dia tidak mahu memperbesarkan kemelut yang timbul antara dirinya dengan wanita terbabit.

“Bangun pagi dapat Direct Message (DM) daripada netizen. Agak kelakar sebenarnya. Pertama, bertahun tak bertindak nak saman sebab kasihankan bapa anda (orang ketiga). Juga, saya tak nak besarkan hal ini.

“Kedua, yang inginkan perhatian orang itu adalah anda, bukan saya. Ketiga, tak baik maki hamun dah macam Amber Heard pula saya tengok dia ini,” katanya menerusi satu tangkap layar DM netizen yang dikongsi menerusi InstaStory.

Melalui perkongsian tersebut, tertera mesej yang dihantar wanita tersebut kepada seorang netizen yang tidak dapat disahkan identitinya mencabar Puteri Sarah agar mempercepatkan proses tindakan undang-undang terhadap dirinya.

“Ada sahaja netizen yang tak suka dia (Puteri Sarah) yang menyampai pada aku. Kau tak payah nak menyemak dan tak payah perasan sangat.

“Kau pergi beritahu dia (Puteri Sarah) aku tak takut dengan dia. Suruh peguam dia cepat sikit buat kerja okey. Kami dah meluat nak layan drama saman dia. Dah bertahun-tahun dah dia sembang tapi tak buat juga. Kemaruk sangat nak perhatian,” coretnya.

Semalam, Puteri Sarah mendedahkan kepada sebuah portal hiburan bahawa dia masih memegang status sebagai isteri yang sah kepada Syamsul.

Sebelum ini, pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu pernah mendedahkan tidak lagi tinggal sebumbung dengan Syamsul dan mendakwa suaminya itu tahu punca hubungan mereka kini dingin.

Untuk rekod, Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI