fbpx

Projek Hidroelektrik Nenggiri beri manfaat buat Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin (empat dari kiri) dan Ahmad (lima dari kanan) melihat model Projek Hidroelektrik Nenggiri yang menelan kos sebanyak RM5 billion di Kampung Star, Gua Musang hari ini.

GUA MUSANG – Projek Hidroelektrik Nenggiri di Sungai Nenggiri di sini yang menelan belanja sebanyak RM5 billion bakal memberi manfaat besar terhadap pembangunan negeri Kelantan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, hidroelektrik itu bakal menyalurkan 300 megawatt akan meningkatkan kepasiti penjanaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) di semenanjung Malaysia.

Katanya, projek itu dijangka beroperasi pada pertengahan 2027.

“Projek Hidroelektrik Nenggiri secara tidak langsung mengurangkan kebergantungan terhadap arang batu sebagai sumber penjanaan elektrik dengan sasaran 40 peratus kapasiti TBB dalam pembekalan elektrik negara menjelang 2035.

“Projek ini mampu menjana tenaga serta-merta bagi memastikan kestabilan dan daya harap bekalan elektrik kepada Grid Nasional sekiranya berlaku gangguan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Hidroelektrik Nenggiri di Kampung Star di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, projek yang dijangka siap pada 2026 itu akan membentuk Tasik Takungan Utama seluas 53.84 kilometer persegi dan Kolam Pengaturan Aliran seluas 0.97 kilometer persegi.

Katanya, empangan terbabit akan menjadi tebatan banjir kepada penduduk yang berada di hilir sungai.

“Manfaat lain yang akan diperoleh penduduk setempat antaranya pembekalan air bersih dan penambahbaikan pengaturan untuk pertanian.

“Selain itu, masyarakat orang Asli yang terlibat di Pos Tohoi, Pos Pulat dan Kampung Kuala Wias akan diberi penempatan baharu dengan infrastruktur selain keperluan asas lebih selesa,” katanya.

Sementara itu, Penghulu Pos Tohoi, Zainal Chali memberitahu, masyarakat Orang Asli berharap projek berkenaan siap mengikut jadual dan membina penempatan baharu kepada mereka secepat mungkin.

Katanya, mereka yakin Orang Asli Pos Tohoi Pos Pulat dan Kampung Wias akan menerima arus pembangunan lebih maju kerana turut disediakan peluang pekerjaan kepada penduduk kampung terutamanya anak muda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI