fbpx

Polis Czech rampas 840kg kokain dalam kotak pisang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS Republik Czech menemui kokain yang disembunyikan di dalam kotak-kotak berisi pisang. – TWITTER/POLICIECZ

PRAGUE, Republik Czech – Polis Republik Czech menyatakan kelmarin bahawa pihaknya merampas dadah jenis kokain seberat 840 kilogram yang disembunyikan di dalam kotak-kotak berisi pisang di beberapa buah pasar raya.

Polis menerima aduan daripada kakitangan pasar raya di dua buah bandar, Jicin dan Rychnovnad Kneznou, yang menemui ketulan kokain dalam beberapa kotak tersebut.

Menurut polis, anggota-anggotanya telah menggeledah tempat-tempat lain yang pernah digunakan untuk menyimpan kargo berisi pisang itu.

Stesen televisyen awam Republik Czech melaporkan bahawa kotak-kotak berisi pisang itu berasal dari Colombia.

“Anggota-anggota kami setakat ini telah merampas sejumlah 840 kilogram kokain di tempat-tempat yang mereka geledah.

“Dadah itu dijual di jalanan pada harga AS$128 (RM563) untuk satu gram. 

“Berdasarkan harga di pasaran gelap, barang narkotik itu bernilai AS$85 juta (RM374.1 juta),” kata polis tempatan dalam satu kenyataan menerusi laman Twitter.

Menurut pihak berkuasa, skuad antidadah kebangsaan telah melancarkan siasatan berhubung penemuan tersebut dan akan meminta bantuan antarabangsa. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI