fbpx

Pekerja lari, dicuri ekoran gaji di ladang sawit lebih tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

TAPAH – Tawaran gaji yang tinggi ekoran kenaikan harga kelapa sawit menyebabkan pekerja warga asing lari atau dicuri untuk bekerja di sektor berkenaan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, tindakan tersebut menyebabkan sektor lain kekurangan tenaga kerja asing ketika ini.

“Itu memang betul (pekerja asing lari ke sektor perladangan sawit) dan saya setuju sebab kita lihat permintaan yang tinggi di sektor perladangan dengan kenaikan harga kelapa sawit.

“Pemilik ladang kelapa sawit juga sanggup bayar gaji yang lebih daripada sektor yang lain maka ada juga yang lari dan ada yang dicuri,” katanya selepas hadir merasmikan Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Negeri Perak di Kompleks Belia dan Sukan Tapah, di sini, hari ini.

Saravanan menyampaikan mock cek hilang upaya sementara Dan kerusi roda kepada Ishak bin Ibrahim, Di Kompleks Belia Dan sukan tapah Hari ini. -FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

Menurut Saravanan bagi mengatasi masalah tersebut, Kementerian Sumber Manusia akan memperkenalkan sistem kad pengenalan pekerja asing bagi mengelak pekerja asing lari ke sektor perladangan dan bekerja di ladang kelapa sawit.

Tambahnya, langkah itu juga turut bertujuan mengelakkan majikan daripada mengambil kesempatan dan menyalahguna pendaftaran pekerja asing di sektor masing-masing.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI