fbpx

PBS medium terbaik bantu perkembangan pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mah Hang Soon (tengah) hadir merasmikan Pusat Penyelaras BN (MCA) Ipoh Barat, di Ipoh hari ini.

IPOH – Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi menggantikan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) disifatkan sebagai medium terbaik dalam membantu perkembangan pelajar secara holistik.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, melalui kaedah itu, pelajar berpeluang menyerlahkan potensi dan kecenderungan masing-masing di mana tidak hanya tertumpu kepada akademik semata-mata.

Bagaimanapun katanya, semua pihak perlu diberikan pemahaman tepat berhubung PBS bagi memastikan pelaksanaan penilaian terbaharu itu mencapai matlamat.

“Sudah tentu, walau apa pun sistem (pendidikan) yang diguna pakai, ia tidak akan jadi satu sistem yang sempurna. Pentaksiran ini bukanlah sesuatu yang baharu tetapi telah dilaksanakan sejak 10 tahun lalu.

“Apa yang penting sekarang, semua pihak perlu beri kerjasama khususnya dalam kalangan guru dan ibu bapa, mereka perlu faham tujuan sistem ini dilaksanakan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pusat Penyelarasan Barisan Nasional (MCA) Parlimen Ipoh Barat di Jalan Sultan Yussof di sini hari ini.

Menurut beliau, pemansuhan PT3 diakui mungkin menimbulkan kebimbangan sesetengah pihak namun beliau percaya kaedah penilaian terbaharu itu akan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.

“Ada (pelajar) pandai dari segi akademik, ada juga yang pandai mengambil gambar, melukis, agrikultur dan ada yang sangat berinovasi. Kita mahu mereka ini ada kemahiran dalam semua bidang.

“Kita tidak mahu pelajar terkongkong dengan latih tubi dan sebagainya (pendidikan berorentasikan peperiksaan). Saya percaya dengan pemansuhan ini membolehkan pelajar belajar dalam satu keadaan yang seronok dan menepati falsafah pendidikan sekali gus mengembangkan kemahiran masing-masing,” katanya.

Terdahulu pada 2 Jun lalu, Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang diperkenal pada 2014 dimansuhkan mulai tahun ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, penilaian mu­rid akan dibuat menerusi PBS di mana ia akan melibatkan bukan sa­­haja pelajar sekolah mene­ngah iaitu Tingkatan 1, 2 dan 3 te­tapi juga bagi murid-murid sekolah rendah Tahun 4, 5 dan 6. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI