fbpx

Nur Amisya perkuatkan KL Wildcats

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR AMISYA (dua dari kanan) berjaya merekodkan statitik cemerlang ketika membantu KL Wildcats menewaskan Perak Phoenix 61-30 pada aksi Sooka NSL 2022 di Stadium Juara Bukit Kiara kelmarin.

KEMASUKAN Nur Amisya Khairud Din dilihat sebagai faktor utama kejayaan Kuala Lumpur (KL) Wildcats menewaskan Perak Phoenix 61-30 pada aksi Sooka Netball Super League (NSL) 2022 kelmarin.

Ia sekali gus membuktikan percaturan bijak jurulatih KL Wildcats, Norizam Rajab membawa masuk Amisya, 23, berjaya menghadiahkan tiga mata berharga pada aksi di Stadium Juara, Bukit Kiara itu.

Apa tidaknya, pemain kebangsaan itu berjaya merekodkan statitik cemerlang seperti lapan pintasan, selain beberapa kali menjadi penggerak utama kepada jaringan KL Wildcats dalam aksi tersebut.

“Mula-mula saya turun bermain sebagai wing defend untuk kuatkan pertahanan. Saya cuba potong bola Perak Phoenix daripada sampai ke bahagian shooter.

“Kemudian saya turun beraksi pula ke posisi wing attack untuk mengimbangi perlawanan,” kata pemain yang pernah membantu Malaysia menjuarai Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia 2019.

Ia adalah kemenangan keempat berturut-turut dicatat KL Wildcats. Ia sekali gus menyaksikan mereka berada pada landasan tepat untuk mempertahankan kejuaraan dimenangi musim lepas.

Biarpun disaing hebat oleh seteru utama, Johor Jewels yang berada di tempat kedua, namun KL Wildcats tetap berjaya me­nerajui carta kedudukan ketika ini menerusi kelebihan purata jaringan.

Hari ini, KL Wildcats akan turun meneruskan aksi kelima menentang pasukan yang berada di tangga kedua tercorot, Kedah Sunshine.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI