fbpx

Johor Jewels terus hambat juara bertahan KL Wildcats

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR FARIHA gesa rakan sepasukan sesuaikan diri dengan taktikal pasukan.

PILIHAN utama musim ini, Johor Jewels terus memberikan tentangan hebat kepada juara bertahan yang kini mendahului carta liga Sooka Netball Super League (NSL) 2022 untuk saingan minggu kedua.

Kemenangan 60-26 ke atas Negeri Sembilan (NS) Venom di Stadium Juara, Bukit Kiara kelmarin menyaksikan Johor Jewels kini berkongsi 12 mata sama dengan KL Wildcats dan hanya dipisahkan dengan purata jaringan.

Kapten Johor Jewels, Nur Fariha Abdul Razak enggan terlalu awal memikirkan pertembungan menentang KL Wildcats yang dijadualkan minggu depan, sebaliknya mahu fokus saingan minggu ini.

“Kami tidak mahu letakkan tekanan pada diri sendiri dan fokus kepada aksi seterusnya terlebih dahulu.

“Kami akan lawan KL pada 18 Jun nanti iaitu minggu ketiga. Jadi kita tunggu dan biar dahulu. Dalam masa sama kami nak betulkan kelemahan permainan,” kata pemain di posisi center dan wing attack itu.

Atas kertas, Johor Jewels kendalian Fazira Mesnan dijangka tidak berdepan masalah untuk merakam kemenangan seterusnya menjelang aksi kelima menentang pasukan tercorot liga, Melaka Mystic hari ini.

Sehubungan itu, Fariha, 27, menggesa rakan sepasukannya memberikan prestasi terbaik dalam usaha mereka untuk cepat menyesuaikan diri dengan taktikal baharu pasukan.

Tiga lagi aksi hari ini me­nyaksikan KL Wildcats menentang Kedah Sunshine, pasukan tempat ketiga, Selangor Angels bertemu NS Venom, manakala Pahang Tulips yang melonjak ke kelompok empat teratas akan berdepan Perak Phoenix.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI