fbpx

Ibu pertahan perbuatan tindik telinga bayi baru lahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LARA tular di media sosial dengan wajahnya yang comel. - TikTok

LONDON – Seorang wanita mempertahankan tindakan menindik telinga bayinya yang baru berusia dua hari, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Wanita dari Colombia itu menjadi tular selepas berkongsi video bayinya yang comel dalam akaun TikTok @laraticaofficial.

Perbezaan ketara pada bayi bernama Lara itu adalah dia dipakaikan anting-anting perak berbentuk bunga ketika dibalut dengan selimut hospital.

Empat bulan kemudian, bayi itu masih memakai anting-an­ting tersebut. Wanita itu juga tetap mempertahankan keputusan menindik telinga anak perempuannya.

Dia berkata, pakar neonatal di hospital itu telah menindik telinga Lara. 

“Ketika bayi berusia dua atau tiga hari, mereka tidak berasa sakit seperti bayi pada usia satu atau dua tahun,” katanya.

Wanita itu mendakwa bahawa bayinya tidak bertindak balas terhadap tindikan tersebut dan berkata, cuping telinga bayi adalah lebih lembut.

Topik berkenaan menimbulkan kontroversi di Britain. Bagaimanapun, aktiviti menindik telinga bayi adalah amalan biasa di seluruh dunia.

“Ia adalah tradisi. Di Romania, mereka menindik telinga kanak-kanak di hospital,” tulis seorang netizen. 

“Saya gembira tidak dipaksa untuk menindik telinga semasa bayi. Ia sepatutnya menjadi pi­lihan kanak-kanak itu,” komen pengguna lain. 

Dalam pada itu, menurut laman web kesihatan WebMD, jika kanak-kanak bawah tiga bulan mengalami jangkitan dan demam akibat menindik telinga, mereka perlu dimasukkan ke hospital. –Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI