BEBERAPA tahun kebelakangan ini, penampilan Hael Husaini sering meraih perhatian ramai.
Mana tidaknya, wajah lelaki itu semakin kacak dan fesyen yang digayakan juga bukan dari calang-calang jenama.
Terbaharu, beberapa foto yang dimuat naik dalam Instagramnya sekali lagi mencuri perhatian ramai sehingga ada yang menyamakan wajahnya persis beberapa selebriti terkenal Korea Selatan!
Ada yang mengatakan wajahnya persis aktor terkenal, Lee Dong-wook dan juga ahli kumpulan BTS, Jungkook.
Nampaknya wajah dan penampilan Hael kini sudah ke arah gaya selebriti K-pop. Mungkin selepas ini ada rezeki lain dia kembangkan bakatnya di sana pula?
DIVA: Ramai selebriti berjaya turunkan berat badan. Ada yang amalkan diet pemakanan dan pembedahan bariatrik.