fbpx

Gagal seludup keluar ubatan terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot sistem barter yang ditahan membawa ubatan terkawal tanpa permit untuk diseludup ke Indonesia.

KLANG – Cubaan lima lelaki warga Indonesia menyeludup keluar sembilan kotak ubat-ubatan terkawal menggunakan bot sistem barter gagal apabila dicekup Maritim Malaysia (APMM) di perairan Tanjung Harapan di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi pihak berkuasa menahan kesemua suspek termasuk tekong berusia 23 hingga 62 tahun.

Semasa kejadian bot itu dalam perjananan keluar ke Indonesia dari Pelabuhan Klang.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, penahanan itu dilakukan hasil maklumat dan risikan mengenai bot mencurigakan di perairan berkenaan.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati lima warga asing itu mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Namun, mereka gagal mengemukakan permit berkaitan barangan yang sarat dalam bot berkenaan.

‘Hasil pemeriksaan lanjut kemudian menemukan sembilan kotak pelbagai jenis ubat kawalan yang dipercayai mahu dibawa ke Indonesia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Siva Kumar, kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke pejabat Maritim Selangor bagi tindakan lanjut.

“Siasatan lanjut masih sedang dijalankan secara menyeluruh termasuk mengenal pasti jenis ubatan itu dan kes diklasifikasikan mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Racun 1952,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI