‘BERSEMUT’ betul layanan pelakon Fizo Omar terhadap isterinya, Fazeera Nazri yang kini sedang sarat hamil anak sulung mereka.
Menerusi hantaran dalam Instagram, Fazeera mendedahkan bahawa Fizo berpesan supaya dia menghargai kecantikan dan memanjakan diri sebanyak mana yang dimahukan sebelum bersalin nanti.
Katanya, Fizo menyuruh dia melakukan pelbagai rawatan kecantikan seperti ke salun rambut, melakukan rawatan kuku dan berurut sebanyak mana yang dia mahukan.
Wah! Beruntung betul tuan punya badan dapat seorang suami yang penyayang dan juga prihatin.
Rata-rata netizen yang meninggalkan komen bersetuju dengan perkongsian Fazeera selain mendoakan agar perkahwinan pasangan itu berkekalan.
“Setuju! Awak beruntung kerana memiliki seorang suami yang hebat. Semoga kekal sehingga ke akhir hayat,” kata seorang netizen.
Diva sangat bersetuju sebab masa inilah boleh manjakan diri sepuas-puasnya sebab nanti kena fokus pada anak pula selepas bersalin.
DIVA: Dengarnya ramai nak boikot Fizi Ali. Kenapa pula tu?