fbpx

Dua individu dilantik anggota Suruhanjaya Penerbangan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) mengumumkan pelantikan semula seorang anggota Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan dua lantikan baharu berkuat kuasa pada Mac dan bulan ini.

Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, Datuk Seri Long See Wool dilantik semula sebagai anggota Mavcom berkuat kuasa 1 Mac lalu sehingga 28 Februari 2025.

Beliau berkata, See Wol yang juga bekas Ketua Setiausaha MOT dilantik sebagai anggota Mavcom sejak 2016 dan mempunyai pengalaman luas dalam industri penerbangan.

“Dua lantikan baharu Mavcom ialah Datuk Roger Tan Kor Mee dan Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad berkuat kuasa 8 Jun lalu sehingga 7 Jun 2025.

“Kor Mee ialah peneraju Tetuan Roger Tan & Partners (RTNP) dan juga merupakan ahli Majlis Peguam manakala, Wan Kamaruzaman pula pernah menjawat sebagai ahli lembaga pengarah bagi beberapa entiti korporat utama di Malaysia,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, beliau memberi jaminan bahawa operasi dan pentadbiran Mavcom diteruskan tanpa henti di bawah kepimpinan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Saripuddin Kasim dan anggota suruhanjaya lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI