fbpx

Data DNA bantu polis selesaikan kes rogol 19 tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Jalil.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelesaikan satu kes rogol yang berlaku 19 tahun lepas di Bagan Serai, Perak dengan menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat pada Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, suspek berusia 40 tahun itu ditahan menerusi maklumat yang diperoleh daripada data profil asid deoksiribonukleik (DNA).

“Tangkapan itu dijalankan JSJ Bukit Aman kira-kira pukul 9.30 malam berkaitan kes rogol yang berlaku pada 2003 di Bagai Serai, Perak pada Khamis lalu.

“Suspek telah ditahan reman selama empat hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mengulas lanjut, siasatan terperinci sedang dijalankan dan kertas siasatan akan segera dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan arahan untuk tujuan pertuduhan.

“PDRM akan terus berusaha dengan pelbagai pendekatan dalam mengesan dan menahan penjenayah meskipun menghadapi kekurangan maklumat pada awal siasatan.

“Ini termasuk menggunakan kaedah saintifik melalui data profil DNA bagi mengenal pasti identiti suspek untuk dibawa ke muka pengadilan,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut meminta orang awam agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian yang menyalahi undang-undang dalam usaha membanteras kegiatan jenayah untuk memberi keadilan kepada mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI