fbpx

Barcelona tetapkan harga Frenkie De Jong €100 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE JONG memasang hajat untuk reunion dengan Ten Hag yang pernah melatihnya di Ajax sebelum ini.

MANCHESTER – Barcelona meletakkan tanda harga sebenar buat Frenkie de Jong selepas menolak tawaran pertama daripada Manchester United untuk mendapatkan khidmat pemain tengah itu.

Selepas berunding beberapa minggu dengan The Catalans, United akhirnya membuat keputusan untuk menawarkan harga berjumlah €60 juta (RM277.83 juta) dengan tambahan bonus €10 juta (RM46.31 juta)

Bagaimanapun, beberapa laporan antaranya daripada Fabrizio Romano dan ESPN mendakwa, ia masih belum menepati nilai ditetapkan Barcelona yang mahukan €100 juta (RM463.06 juta) buat De Jong.

Gergasi Sepanyol itu tidak mahu melepaskan De Jong, tetapi bersedia menjual pemain berusia 25 tahun tersebut bagi mengimbangi beban kewangan yang sedang dialami kelab ber­kenaan.

Walaupun De Jong juga tidak keberatan meninggalkan Camp Nou, tetapi dia tetap memasang hajat untuk reunion dengan pe­ngurus United, Erik ten Hag yang pernah melatihnya di Ajax sebelum ini.

“Saya tidak mahu menjelaskan apa-apa lagi, tetapi sering memberitahu anda bahawa Barcelona adalah kelab impian saya sejak kecil.

“Jika ada kelab menghubungi, saya akan menjawab panggilan itu kerana ia adalah perkara biasa dilakukan pemain-pemain profesional,” katanya.

United yang dikatakan sedia meningkatkan tawaran, bersedia memberikan nombor kegemaran De Jong iaitu 21 memandangkan pemakai jersi itu, Edinson Cavani akan meninggalkan kelab selepas tamat kontrak bulan ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI